Cari @ Amanz

Fon Kepala JBL Berkuasa Solar Ini Boleh Berfungsi Selama-Lamanya Tanpa Perlu Dicas

Link Copied!

Aksesori audio nirwayar menyelesaikan masalah wayar berselirat menerusi tambatan bluetooth. Namun begitu ia mewujudkan masalah baharu di mana ia perlu dicas sekitar dua hari sekali pada penggunaan yang berat. JBL Reflect Eternals ialah fon kepala yang menjanjikan ia tidak perlu dicas sepanjang hayat kerana berkuasa solar.

Bateri 700 mAh JBL Reflect Eternals  ini memberikan tempoh penggunaan sehingga 24 jam dengan sekali caj jika berfungsi di dalam gelap sepenunya. Jika pengguna mendedahkan panel solar pada bahagian atas fon kepala ini kepada cahaya selama 2.5 jam sehari, ia boleh berfungsi selama-lamanya tanpa perlu dicas menggunakan kabel.

Panel solar Powerfoyle yang digunakan didakwa boleh mengecas fon kepala menggunakan cahaya matahari dan lampu di dalam rumah. Seperti fon kepala nirwayar lain di pasaran, terdapat butang fizikal untuk menyeru pembantu maya pada peranti pintar dan mengawal audio.

Pihak JBL sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo. Sepasang Reflect Eternal boleh dibeli pada harga pengenalan $144 (~RM 596).


Komen ()