Carian
Google Assistant Kini Boleh Mengawal Google Chrome
December 18, 2019 Fahim Zahar

Google Assistant sehingga hari ini adalah pembantu digital terbaik. Tiada pembantu digital lain, baik Siri atau Alexa dapat memintas kehebatan Google Assistant. Dengan Google Assistant, pengguna boleh mengawal pelbagai perkara seperti peranti berhubung, peranti, bertanyakan soalan dan banyak lagi.

Kini, Google menambah lagi kehebatan Google Assistant dengan kemampuan mengawal aplikasi pelayar web Google Chrome. Berikut adalah antara arahan-arahan yang boleh digunakan untuk mengawal Google Chrome;

Mulakan dengan “Hey, Google” atau “Okay, Google” –

  • Open a new tab
  • Close this tab
  • Close all tabs
  • Go back
  • Go forward
  • Reload
  • Bookmark this page
  • Open history
  • Open downloads
  • Search for topik in Chrome
  • Go to laman web_nama_atau_alamat
  • Open laman web_nama_atau_alamat
  • Send this to nama_kenalan

Buat masa ini, arahan-arahan ini hanya boleh dilakukan pada Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL sahaja. Ini mungkin kerana Pixel 4 hadir dengan Google Assistant yang jauh lebih berkuasa, seperti arahan bersambungan tanpa perlu mengulang “Hey, Google” atau “Okay, Google”. Jika ia berfungsi dengan lancar, pasti Google akan edarkan kepada peranti Pixel lain dan kemudian pada peranti Android lain pula.

Komen