Gambar Pengolokkan Awal Huawei P40 Dan Huawei P40 Pro Hadir Ke Arena Internet

Gambar Pengolokkan Awal Huawei P40 Dan Huawei P40 Pro Hadir Ke Arena Internet

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Lanjutan daripada pengesahan pihak Huawei mengenai pengenalan siri Huawei P40 pada bulan Mac 2020 kelak, kini @OnLeaks menjadi antara yang terawal hadir dengan beberapa gambar pengolokkan awal untuk telefon pintar dibawah siri berkenaan.

Huawei P40

Untuk yang tidak mengenali akan @OnLeaks, sebelum ini mereka pernah berkongsi sejumlah gambar-gambar pengolokkan dan gambar peranti jauh sebelum pelancaran rasminya.

Huawei P40 dilihat akan hadir dengan rekaan kamera yang diletakkan pada bahagian “kotak” dibelakang, dan sedikit tertimbul. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah jumlah kamera akan disertakan pada peranti yang memfokuskan fotografi ini.

Huawei P40 Pro

Huawei P40 dikatakan akan menawarkan skrin pipih sekitar 6.2-inci, sementara Huawei P40 Pro pula dijangka hadir dengan rekaan skrin melengkung di semua ke empat-empat sisi, dan dijangka menawarkan saiz skrin sehingga 6.7-inci.

Dengan kehadiran gambar pengolokkan awal ini, kita mungkin akan mendengar sejumlah lagi desas-desus berkaitan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro dalam bulan-bulan akan datang.



TIPS & ULASAN