Carian
Facebook Dan Instagram Menghalang Perkongsian Pempengaruh Yang Mempromosi Rokok Dan Vape
December 19, 2019 Aman

Facebook sebelum ini sedia menghalang pengiklanan terus produk-produk berkaitan rokok dan vape melalui platform pengiklanan mereka. Namun, ia tidak menghentikan pihak pengeluar produk berkaitan untuk menggunakan alternatif lain untuk mempromosikan produk mereka – iaitu melalui penggunaan promosi oleh pengguna berpengaruh / pempengaruh (influencer).

Untuk mengatasinya, kini Facebook dan Instagram mengumumkan yang mana pempengaruh tidak lagi boleh berkongsi produk seperti vape dan rokok melalui ciri Branded Content.

Untuk makluman, Branded Content memudahkan sesuatu perkongsian dilabelkan sebagai berbayar – selain memberi kemudahan untuk jenama berkaitan untuk mempromosikannya diplatform sosial berkenaan.

Facebook mengatakan perubahan baru dalam corak pengiklanan ini akan diperkenalkan dalam minggu-minggu akan datang.

Langkah baru ini juga sekaligus membolehkan pihak Facebook mengawal apakah yang dipromosikan oleh pempengaruh melalui platform mereka – supaya ia tidak memberikan kesan atau mengelak pempengaruh mempromosikan produk-produk yang berbahaya.

Komen