YouTube Menguji Tab Baharu “Explore” – Sudah Lebih Setahun, Masih Lagi Dalam Ujian

YouTube Menguji Tab Baharu “Explore” – Sudah Lebih Setahun, Masih Lagi Dalam Ujian

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Di aplikasi Google sebelum ini ada tab Explore, tetapi diubah menjadi Discover.  Di Google Maps juga ada tab Explore, tetapi kelak akan diubah juga. Tahukah anda yang di aplikasi YouTube turut mempunyai tab Explore? YouTube telah menguji tab ini sejak Julai tahun lepas lagi, namun sehingga hari ini ia masih dalam ujian.

Melalui tab Explore ini, pengguna boleh lihat lebih banyak kandungan YouTube dari pelbagai jenis topik seperti fesyen, muzik, permainan dan banyak lagi. Ia seoalah mengumpulkan video-video yang sedang popular atau tular. Walau bagaimanapun, tab Trending pada YouTube masih akan dikekalkan. Cuma dengan tab Explore ini, YouTube ingin membantu saluran-saluran yang baru ingin berkembang. Kini selepas lebih setahun, YouTube telah mengemaskini tab Explore ini dengan antaramuka baharu.

Tab Explore ini mula diuji pada peranti iOS, kini ia mula berkembang kepada peranti Android pula. Disebabkan ia adalah kemaskini dari bahagian pelayan, tidak semua pengguna akan lihat tab ini. Disebabkan Google telah kembali aktif menguji tab ini, ia mungkin akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.



Paling Popular