Facebook Mengambil-Alih PlayGiga – Penyedia Perkhidmatan Permainan Berasaskan Awan

Facebook Mengambil-Alih PlayGiga – Penyedia Perkhidmatan Permainan Berasaskan Awan

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Arena perkhidmatan permainan berasaskan awan telah pun sedia diceburi ramai gergasi internet akhir-akhir ini, termasuk Google yang menekankan penawaran Google Stadia. Pihak Facebook nampaknya turut tidak ingin ketinggalan, dan kini dilaporkan telah pun mengambil-alih syarikat PlayGiga.

PlayGiga merupakan salah satu penyedia perkhidmatan permainan berasaskan awan di Eropah, dan telah ditubuhkan pada 2013 yang lepas. Pengambil-alihan ini akan membuatkan pasukan PlayGiga menyertai Facebook Gaming. Facebook tidak mengumumkan harga pengambil-alihan syarikat PlayGiga.

Langkah ini sekaligus akan terus mengukuhkan penawaran perkhidmatan permainan di laman sosial berkenaan. Sebelum ini, Facebook telah hadir dengan kemudahan penstriman permainan video, selain menyediakan Instant Games dan juga menawarkan kandungan menarik melalui Oculus.

Dengan penyertaan pihak Facebook ini, mungkin kita akan turut melihat syarikat gergasi lain untuk menyertai arena sama tidak lama lagi.



TIPS & ULASAN