Samsung Dan Baidu Bekerjasama Menghasilkan Cip Kecerdasan Buatan Kunlun

Samsung Dan Baidu Bekerjasama Menghasilkan Cip Kecerdasan Buatan Kunlun

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Samsung dan Baidu hari ini telah mengumumkan kerjasama dalam menghasilkan cip kecerdasan buatan Kunlun. Cip ini dihasilkan menggunakan teknologi 14nm dan juga I-Cube (Interposer-Cube) Samsung. Kunlun adalah cip yang untuk kecerdasan buatan awanan dan perkomputeran pinggir.

Kunlun menawarkan jalur lebar memori sehingga 512Gbps dan kemampuan melakukan 260 Tera operasi sesaat (TOPS) pada kuasa 150 Watt. Cip ini juga bakal menggunakan rangka kerja pemproses bahasa semula jadi Ernie yang dibangunkan oleh Baidu. Peningkatan sehingga tiga kali ganda lebih pantas dijangka boleh dilakukan oleh Kunlun berbanding GPU yang digunakan pada waktu ini.


TIPS & ULASAN