Spotify Menguji Ciri Baharu “Tastebuds” – Terokai Citarasa Muzik Pengguna Lain

Spotify Menguji Ciri Baharu “Tastebuds” – Terokai Citarasa Muzik Pengguna Lain

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Tidak dinafikan yang setiap individu mempunyai citarasa muzik yang berbeza. Namun ada sahaja muzik yang digemari seseorang, turut akan digemari oleh diri kita sendiri. Oleh yang demikian, Spotify kini ingin menyertakan satu fungsi baharu agar pengguna boleh mendengar muzik dari pengguna lain atau rakan. Ini bermakna, akan ada senarai main yang dijana berdasarkan citarasa muzik oleh rakan-rakan pengguna.

Ciri ini dinamakan sebagai Tastebuds, yang benar-benar bermaksud citarasa. Fungsi ini ditemui oleh Jane Wong, yang sedia terkenal dengan informasi tertiris mengenai Facebook atau Instagram. Cara bagaimana ia berfungsi masih tidak diketahui. Tetapi ada kemungkinan besar adalah, pengguna yang mengikuti rakan mereka akan turut bleh lihat atau dengar muzik apa yang digemari dan akan disertakan dalam satu senarai main baharu.

Pautan Tastebuds ini sudah pun boleh dibuka, namun ia tidak berfungsi lagi. Jadi, untuk ketahui apa fungsi sebenar Tastebuds ini sama-sama kita nantikan apabila Spotify sudah melancarkannya.

Spotify Tastebuds


TIPS & ULASAN