Carian
Senarai 10 Selebriti YouTube Terkaya 2019 Diumumkan Oleh Forbes – Ryan ToysReview Terkaya Dengan Pendapatan Hampir RM110 Juta
December 19, 2019 Effi Saharudin

Senarai 10 selebriti terkaya YouTube 2019 menurut Forbes telah diumumkan semalam. Sekali lagi gelaran YouTuber terkaya jatuh ke tangan Ryan ToysReview yang menjana pendapatan mencecah $26 juta (~RM 107 juta). Kejayaan Ryan ini amat menakjubkan kerana beliau hanya seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dan tahun ini pendapatan beliau meningkat $4 juta berbanding tahun 2018.

Beliau diikuti oleh Dude Perfect (~RM 82.8 juta), Anastasia Radzinskaya (RM 74.5 juta), Rhett and Link (RM 72.5 juta) dan Jeffree Star (~RM 70.4 juta). Hampir kesemua selebiriti terkaya tahun 2019 mencatatkan pendapatan yang sedikit lebih rendah berbanding tahun lalu. Sistem pengiklanan baharu yang diperketatkan nampaknya memberikan impak yang ketara.

Tetapi seperti yang anda dapat lihat sendiri di bawah, kerjaya sebagai selebriti YouTube boleh memberikan keuntungan jika anda mempunyai penonton yang tinggi. Pendapatan cukup tinggi sehingga PewDiePie boleh berehat selama setahun bermula tahu 2020.

 Senarai 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2019

1.Ryan ToysReview $26 Juta (~RM 107 Juta)

2.Dude Perfect $20 Juta (~RM 82.8 Juta)

3.Anastasia Radzinskaya$18 Juta (~RM 74.5 Juta)

4.Rhett and Link$17.5 Juta (~RM 72.5 Juta)

5.Jeffree Star $17 Juta (~RM 70.4 Juta)

6.Preston Arsement $14 Juta (~RM 58 Juta)

7.PewDiePie $13 Juta (~RM 53.8 Juta)

7.Markiplier $13 Juta (~RM 53.8 Juta)

9.DanTDM $12 Juta (~RM 49.7 Juta)

10.VanossGaming $11.5 Juta (~RM 47.6 Juta)

Komen