Cari @ Amanz

Xiaomi Mi 9T Pro Dengan Snapdragon 855, 128GB Storan Dikemaskini Harga Jualannya – Kini RM1599

Oleh Aman

Link Copied!

Xiaomi Malaysia kini telah mengemaskini harga jualan untuk telefon pintar Xiaomi Mi 9T Pro untuk pasaran tempatan, sekaligus menawarkan potongan sebanyak RM200 berbanding harga asal sebelum ini.

Xiaomi Mi 9T Pro sebelum ini ditawarkan pada harga RM1799 untuk model 6GB RAM / 128GB storan, dan kini melalui harga baru, ia kini dijual pada harga RM1599.

Xiaomi Mi 9T Pro menggunakan skrin 6.39-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 855, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Ia turut menyertakan tri-kamera belakang gabungan 48MP + 12MP + 8MP, selain kamera swafoto 20-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Mi 9T Pro dengan 6GB RAM dan 128GB storan ini pada harga RM1599 bermula hari ini.

Xiaomi Mi 9T Pro


Komen ()