Oppo Enco Free Akan Dijual Di Malaysia Pada Tahun 2020 Dengan Harga RM499

Oppo Enco Free Akan Dijual Di Malaysia Pada Tahun 2020 Dengan Harga RM499

Diterbitkan pada Dis 19, 2019 oleh .

Oppo Enco Free adalah set fon telinga nirwayar sebenar dari Oppo. Ia berada dalam siri Enco bersama-sama dengan set fon telinga nirwayar neckband Enco Q1. Enco Free hanya akan dilancarkan di China pada 26 Disember kelak, namun harga rasmi Malaysia sudah pun diketahui.

Menurut Oppo Malaysia, ia akan dijual pada harga RM499. Tarikh jualan adalah tidak pasti lagi, tetapi yang pasti adalah pada tahun 2020. Ada kemungkinan besar ia akan dijual bersama-sama dengan Reno3 kelak, selepas ia dilancarkan di Malaysia.

Set fon telinga ini ada meminjam beberapa fungsi/ciri dari Apple AirPods, seperti tambatan pantas. Tetapi ia hanya berfungsi dengan peranti Oppo yang terpilih, jika ingin lihat paparan khas seakan tambatan AirPods.


TIPS & ULASAN