Huawei Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi penawaran peranti terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu tablet berkuasa tinggi mereka yang terkini, Huawei MediaPad M6 10.8-inci.
Huawei MediaPad M6 hadir dengan skrin 10.8-inci pada resolusi 2560×1600 pixel, dilengkapi cip Kirin 980, memori 4GB RAM, dan dilengkapi 7500mAh.
Untuk pengambaran, ia hadir dengan kamera utama 13-megapixel, selain kamera hadapan 8-megapixel. Tablet ini turut hadir dengan sokongan empat pembesar suara Harman Kardon, selain dilengkapi sistem operasi Android 9.0 Pie.
Di Malaysia, Huawei MediaPad M6 10.8-inci akan ditawarkan bermula 20 Disember 2019 ini pada harga RM1899. Penawaran tablet ini turut hadir dengan M-Pen Lite dan juga papan kekunci untuk memudahkan tugasan produktiviti.