Spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite Tertiris – Lebih Padu Berbanding S10+

Spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite Tertiris – Lebih Padu Berbanding S10+

Diterbitkan pada Dis 20, 2019 oleh .

Semalam rekaan Samsung Galaxy Note 10 Lite akhirnya tertiris menunjukkan peranti yang mempunyai rekaan yang berlainan dengan Note 10 asal. Hari ini spesifikasi Samsung Galaxy S10 Lite pula tertiris sekali lagi menerusi laman WinFuture.de.

Peranti ini dikatakan bakal dilengkapi skrin 6.7″ FHD+ SAMOLED bernisbah 20:9, dijana cip Snapdragon 855, memori sebesar 8GB, storan sebesar 128GB (dengan sokongan 1TB kad mikroSD) dan bateri sebesar 4500 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W.

Spesifikasi kamera utama pula ialah lensa utama 48MP dengan sistem Tilt OIS (tOIS), lensa ultra sudut lebar 12MP dan lensa makro 5MP. Sistem tOIS membolehkan lensa bergerak dengan pergerakan tangan. Kamera swafoto pula sebesar 32MP yang diletakkan di dalam lubang kamera hadapan pada bahagian tengah seperti Note 10.

Kesemua komponen berspesifkasi mercu ini dimasukkan ke dalam tubuh yang setebal 8.1mm. Peranti diramalkan akan dijual di Eropah pada harga €680 (~RM 3130) sebuah dalam warna biru, hitam dan putih.



TIPS & ULASAN