GrabPay, Boost Dan Touch n’ Go eWallet Dipilih Untuk Inisiatif eTunai Rakyat – Tawar RM30 Melalui Dompet Digital Untuk Rakyat Malaysia

GrabPay, Boost Dan Touch n’ Go eWallet Dipilih Untuk Inisiatif eTunai Rakyat – Tawar RM30 Melalui Dompet Digital Untuk Rakyat Malaysia

Diterbitkan pada Dis 20, 2019 oleh .

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan inisiatif untuk mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai di Malaysia, dan mengumumkan akan menawarkan kredit sebanyak RM30 untuk digunakan dalam dompet digital.

Untuk tujuan berkenaan, kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta yang akan diagihkan melalui beberapa dompet digital terpilih melalui Januari 2020 kelak.

Kini, lanjutan daripadanya, kerajaan hari ini telah mengumumkan dompet digital yang terpilih – iaitu Touch n Go eWallet, Boost dan juga GrabPay.

Untuk mendapatkannya, pengguna perlu membuat permohonan melalui dompet digital berkenaan. Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, dan berpendapatan RM100,000 setahun kebawah layak untuk menerima RM30 ini.

Pengagihan ini dijangka dilakukan antara 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020 kelak. Maklumat lanjut berkaitan penawaran kredit melalui dompet digital ini dijangka akan dilakukan tidak lama lagi oleh Boost, TNG dan juga GrabPay.


TIPS & ULASAN