Cari @ Amanz

Kesemua dron komersil di pasaran adalah dari jenis quadrotor iaitu mempunyai empat pasang kipas untuk beroperasi.  Oleh sebab itu empat motor elektrik diperlukan sekaligus mengehadkan waktu penerbangan. V-Coptr Falcon ialah dron komersil pertama dengan rekaan huruf V dan hanya memerlukan dua pasang kipas untuk beroperasi.

Walaupun bersaiz kecil, dron ini dilengkapi bateri sebesar 4500 mAh yang memberikan waktu penerbangan sehingga 50 minit, hampir dua kali DJI Mavic Mini. Apabila tidak digunakan, dron boleh dilipat untuk menjadi lebih kompak 22 X 15 X 7 cm dan hanya seberat 730g.

Kamera yang digunakan pula dilengkapi sensor 12-Megapixel 1/23 inci CMOS yang boleh mengambil video pada resolusi maksimum 4K 30FPS. Sistem gimbal tiga paksi memastikan imej yang dirakam akan sentiasa stabil. Jarak kawalan dron ini adalah sehingga 7km. Seperti dron lain ia boleh dikawal secara manual, mengikut jalan yang ditetapkan, mengikut subjek dan sistem mengelak pelanggaran.

Bagi yang berminat V-Coptr Falcon dijual pada harga pengenalan $699 (~RM 2895) sebuah sebelum ditawarkan pada harga penuh $999 (~RM 4139) bermula Februari 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd