Apple sering mengkaji penggunaan teknologi baru dalam memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna. Terbaru, Bloomberg melaporkan, mengatakan Apple sedang melihat dan mengkaji kepada kaedah menggunakan satelit untuk menghantar data terus ke iPhone dan peranti-peranti lain.
Buat masa ini, ia dikatakan terdapat sejumlah jurutera yang terlibat dengan projek melibatkan satelit dan teknologi data nirwayar ini.
Sekiranya Apple berjaya dengan teknologi baru ini, ia akan mengurangkan kebergantungan pihak Apple dengan syarikat telekomunikasi – dan pada masa yang sama menawarkan beberapa informasi terus ke peranti dengan mudah. Pada masa yang sama, ia juga dijangka akan menambah-baik penawaran perkhidmatan geolokasi pada peranti Apple.
Seperti ramai sedia maklum, projek ini akan memakan masa dan kos yang tinggi. Terdapat juga kemungkinan dimana projek ini dibatalkan dan tidak direalisasikan.