Dengan perkembangan teknologi, ramai yang sedang melihat kepada penawaran kenderaan terbang – sekaligus mengurangkan kesesakkan di jalan raya. Terbaru, Hyundai mengumumkan mereka akan memperlihatkan konsep awal untuk kenderaan terbang mereka pada CES 2020 kelak.
Kenderaan terbang Hyundai ini turut akan menawarkan ciri swapandu. Pada masa yang sama, Hyundai turut akan mempertontonkan visi bandar pintar yang memperlihatkan hab untuk kenderaan terbang dan sebagainya.
Acara CES 2020 bakal diadakan pada 6 Januari 2020 ini, dimana selain Hyundai, pelbagai pihak lain turut dijangka mempertontonkan penawaran masing-masing.