Carian
Vivo Bakal Memperkenalkan Peranti Baru Pada MWC 2020
December 23, 2019 Aman

Acara MWC 2020 merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan sekitar bulan Februari. Walaupun berbaki beberapa bulan lagi, kini Vivo bergerak pantas, dan telah pun mula mengacah acara khas mereka pada MWC 2020 kelak.

Melalui jempiutan yang telah mula dihantar, Vivo memperlihatkan mereka akan mengadakan acara khas mereka pada 23 Februari kelak.

Vivo MWC 2020

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah kejutan yang disediakan pihak Vivo. Melalui jemputan yang dihantar, ia memperlihatkan rekaan huruf “V” sebagai latar. Adakah ia hanya sekadar penjenamaan untuk “Vivo”, atau adakah ia merupakan petanda untuk peranti boleh-lipat?

Komen