Semua Plaza Tol Terbuka Akan Menerima Pembayaran Melalui RFID Bermula 1 Januari 2020

Semua Plaza Tol Terbuka Akan Menerima Pembayaran Melalui RFID Bermula 1 Januari 2020

Diterbitkan pada Dis 23, 2019 oleh .

Kementerian Kerja Raya hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan melaksanakan kutipan tol menggunakan RFID di semua sistem tol terbuka bermula 1 Januari 2020 kelak.

Untuk makluman, sistem plaza tol terbuka adalah dimana pengguna melakukan pembayaran jumlah tol pada harga tetap, sementara plaza tol tertutup pula adalah pembayaran jumlah tol berdasarkan jenis kenderaan dan jarak laluan.

Tol Touch n Go

Dengan penggunaan sokongan RFID, ia membolehkan pengguna melekat pelekat RFID pada kenderaan, dan memautkan ia pada dompet digital – dimana kredit akan ditolak mengikut jumlah harga tol.

Langkah ini dijangka akan lebih memudahkan para pengguna, termasuk tiada masalah dengan bateri memandangkan RFID tidak memerlukan bateri, selain mana tambah-nilai boleh dilakukan dengan lebih mudah.

Kerajaan turut menekankan yang mana penggunaan sistem RFID ini adalah merupakan langkah awal ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti pada masa akan datang.



TIPS & ULASAN