GrabFood Melanjutkan Perkhidmatan Mereka Ke 19 Bandar Lagi Di Sekitar Malaysia

GrabFood Melanjutkan Perkhidmatan Mereka Ke 19 Bandar Lagi Di Sekitar Malaysia

Diterbitkan pada Dis 23, 2019 oleh .

Perkhidmatan penghantaran GrabFood salah satu daripada perkhidmatan yang paling popular daripada Grab, sebuah syarikat yang dikenali untuk perkhidmatan seru-pandu mereka.

Sebelum ini, GrabFood hanya boleh digunakan di beberapa kawasan seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Terkini, Grab dilaporkan bahawa mereka akan mengembangkan perkhidmatan tersebut ke 19 kawasan baru di seluruh negara, termasuklah Kajang, Bangi, Sungai Buloh, Rawang, Ipoh, Taiping, Seremban, Nilai, Kuantan, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Miri, Bintulu, Batu Pahat, Muar, Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai dan Langkawi.

Pengumuman ini dilakukan selepas satu lagi pengumuman olehGrab bahawa pendapatan mereka meningkat empat kali ganda melalui perkhidmatan GrabFood sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, Grab juga mengatakan bahawa mereka berminat untuk mengembangkan lagi perkhidmatan-perkhidmatan baru mereka, GrabExpress dan GrabMart ke lebih banyak pasaran tempatan.



TIPS & ULASAN