Apple Mungkin Akan Menyokong Aksesori Kamera Pihak Ketiga Melalui Program MFI

Apple Mungkin Akan Menyokong Aksesori Kamera Pihak Ketiga Melalui Program MFI

Diterbitkan pada Dis 23, 2019 oleh .

Apple sedia terkenal dengan sifat kedekut mereka. Contohnya, tidak semua aksesori pihak ketiga boleh digunakan dan hanya yang diiktiraf dengan lesen mereka sahaja – MFI yang boleh digunakan. MFI, atau Made for iPhone adalah program yang membenarkan syarikat-syarikat aksesori atau syarikat teknologi hadir dengan aksesori untuk iPhone/iPad yang diiktiraf.

Aksesori MFI yang popular adalah kabel pengecesan USB-A ke lightning dan yang terkini adalah USB-C ke lightning. Namun, bagi yang tidak tahu sebenarnya ada juga aksesori lain yang memerlukan MFI. Contohnya adalah penyesuai bicu audio, penyesuai USB-C, dan banyak lagi. Terkini, Apple mungkin akan hadir dengan spesifikasi baharu MFI yang akan membenarkan aksesori mengakses dan mengawal kamera melalui Bluetooth. Perkara ini adalah seperti kerangka pelindung pintar mereka, yang mana ada butang pengatup. Tetapi aksesori dengan spesifikasi baharu MFI ini adalah aksesori seperti flash yang boleh menggunakan flash bukan dari peranti tetapi dari aksesori. Buat masa ini, hanya ada dua sahaja aksesori iaitu Luma Cube dan Tric.

Hanya dua aksesori ini yang disokong, kerana dua syarikat ini termasuk dalam ujian pembangun dan tidak terbuka kepada syarikat lain atau umum. Mungkin kelak, Apple akan hadir dengan spesifikasi MFI baharu dan banyak lagi aksesori yang bakal boleh digunakan untuk iPhone bagi mengawal kamera.


TIPS & ULASAN