Cari @ Amanz

Google Translate menjadikan dunia semakin kecil kerana memudahkan komunikasi walaupun dalam bahasa yang tidak akan ketahui. Bagi memudahkan lagi pengguna, ciri alih bahasa di luar talian telah lama ditawarkan. Kini Google mengumumkan ciri ini telah dikemaskini bagi membolehkan alih bahasa yang lebih tepat dilakukan.

Ia kini menyokong 59 bahasa secara luar talian dengan ketepatan meningkat sebanyak 12%. Untuk bahasa Jepun. Korea, Poland, Thai dan Hindi ketepatan alih bahasa meningkat 20%. Dengan sistem alih bahasa yang lebih tepat, masalah menggunakan konteks yang salah apabila cuba berkomunikasi akan dapat dikurangkan. Untuk menikmati sistem alih bahasa luar talian yang lebih tepat ini, sila kemas kini aplikasi Translate anda ke versi terkini pada peranti Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd