Aplikasi YouTube Android Kini Berfungsi Sebagai Alat Kawalan Arahan Suara

Aplikasi YouTube Android Kini Berfungsi Sebagai Alat Kawalan Arahan Suara

Diterbitkan pada Dis 23, 2019 oleh .

Android TV adalah antara sistem operasi untuk televisyen pintar yang baik. Banyak jenama televisyen hadir dengan produk yang menggunakan sistem operasi ini. Dalam Android TV, terdapat banyak aplikasi dari Play Store yang khusus dibangunkan untuk paparan televisyen, salah satunya adalah YouTube.

Dalam kemaskini terkini pada aplikasi YouTube untuk peranti pintar, ia kini boleh menjadi alat kawalan arahan suara untuk Android TV. Sebaik sahaja butang cast ditekan pada peranti dan YouTube terbuka di televisyen, akan ada ikon mikrofon terpapar. Tekan sahaja ikon ini, pelbagai arahan suara boleh dilakukan. Selain itu, turut ada ciri baharu diperkenalkan – Who’s Watching. Melalui ciri ini, ia boleh mengenalpasti akaun siapa yang sedang digunakan dan lebih mudah untuk bertukar-tukar antara akaun.

Selain itu, YouTube juga telah menambah sokongan untuk Fire TV dan sokongan menonton kandungan HDR pada PlayStation 4 dan PlayStation 4 Pro.


TIPS & ULASAN