Ini Ialah Senarai 25 Kata Laluan Terburuk 2019

Ini Ialah Senarai 25 Kata Laluan Terburuk 2019

Diterbitkan pada Dis 23, 2019 oleh .

Kata laluan yang baik memastikan data peribadi anda tidak akan terjatuh ke tangan individu yang tidak dikehendaki. Dengan pergantungan kita kepada teknologi atas talian, kata laluan yang selamat adalah perlu bagi mengelakkan data peribadi disalahguna oleh pihak tertentu. Pakar keselamatan mengesyorkan penggunaan kata laluan yang panjang, mengandungi nombor serta abjad dan penggunaan huruf besar. Tetapi tidak semua pengguna mengambil serius tentang kata laluan.

Senarai 100 kata laluan terburuk 2019 telahpun dikongsikan oleh SplashData dan untuk tahun kedua “123456” kekal di tangga teratas. Berikut ialah senarai 25 kata laluan terburuk sepanjang 2019 Untuk senarai penuh sila ke pautan di bawah. Kami di Amanz menyarankan anda sentiasa mengubah dan tidak mengitar semula kata laluan untuk pelbagai akaun yang dimiliki.

1 – 123456
2 – 123456789
3 – qwerty
4 – password
5 – 1234567
6 – 12345678
7 – 12345
8 – iloveyou
9 – 111111
10 – 123123
11 – abc123
12 – qwerty123
13 – 1q2w3e4r
14 – admin
15 – qwertyuiop
16 – 654321
17 – 555555
18 – lovely
19 – 7777777
20 – welcome
21 – 888888
22 – princess
23 – dragon
24 – password1
25 – 123qwe



TIPS & ULASAN