Cari @ Amanz

AMD dilihat bakal mengejar Intel di arena komputer riba pula selepas memintas mereka di industri komputer desktop dengan siri CPU AMD Ryzen 3000.

AMD dikatakan bakal memperkenalkan siri APU terbaru mereka yang diberikan kod nama “Renoir” yang akan dikuasakan oleh cip pemprosesan komputer Zen 2 sama yang digunakan didalam siri CPU AMD Ryzen 3000.

Butiran khusus mengenai siri cip pemprosesan ini masih tidak disahkan lagi, tetapi melalui ura-ura yang tersebar di internet, ia akan dinamakan sebagai AMD Ryzen 4000 Mobile APU, dan akan hadir dengan pilihan cip pemprosesan yang mempunyai sebanyak 8 teras dan 16 bebenang kuasa.

Ia juga dikatakan mempunyai TDP serendah 15W, 45W dan juga 65W bergantung kepada jenis komputer riba ataupun desktop yang akan dikuasakannya. Desas-desus turut mengatakan bahawa dua model APU pertama yang akan dilancarkan oleh AMD termasuklah AMD Ryzen 9 4900H dan AMD Ryzen 7 4800H pada awal tahun depan, dimana salah satu daripadanya ialah sebuah komputer riba gaming ASUS.

Komputer riba tersebut dinamakan ASUS GA401 dan melalui butiran kedai atas talian di Eropah, ia dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 7 4800H, memori sebanyak 16GB, storan cakera keras 1TB dan juga paparan skrin bersaiz 14 inci.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd