Vivo Y15 (2020) Dengan Bateri 5000mAh Diumumkan Untuk Malaysia – Berharga RM599

Vivo Y15 (2020) Dengan Bateri 5000mAh Diumumkan Untuk Malaysia – Berharga RM599

Diterbitkan pada Dis 23, 2019 oleh .

Vivo Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Vivo Y15 (2020). Reledon pintar ini hadir dengan rekaan bertakuk, menggunakan tri-kamera belakang, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM599.

Vivo Y15 (2020) menggunakan skrin 6.35-inci dihadapan, dilengkapi memori 4GB RAM, dan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dengan bateri 5000mAh bersama-sama dengannya.

Vivo Y15 2020

Melengkapkan telefon pintar ini adalah tri-kamera belakang yang mengabungkan kamera utama 13MP + 8MP (sudut lebar) + 2MP (depth. Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan kamera hadapan 16-megapixel.

Peranti ini menjalankan Android 9.0 Pie dengan antaramuka Funtouch OS 9 bersama-sama dengannya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini bermula hari ini pada harga RM599.


TIPS & ULASAN