Cari @ Amanz

Fungsi zum apabila video sedang ditonton sudah hadir pada aplikasi Photos dalam peranti iOS. Untuk Android, tidak banyak yang ada fungsi seperti ini dan jika ada pun kebanyakannya adalah melalui aplikasi pihak ketiga.

Terkini, Google Photos dilihat mungkin akan menawarkan fungsi yang sama. Pihak XDA telah menemui dalam kod .APK Google Photos yang mana fungsi ini dilihat sudah hadir terbina, cuma tidak boleh diakses oleh orang ramai. Sama seperti aplikasi Photos pada iOS, pilih fail video dalam Google Photos dan video yang sedang dimainkan itu boleh dizum apabila sedang ditonton. Kod ini dilihat hadir dalam Google Photos versi 4.33. Tidak pasti lagi bila ia akan hadir secara umum, apa-apa pun ini adalah satu fungsi yang menarik dan mari sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd