Speedtest Kini Hadir Dengan Perkhidmatan VPN Terbina

Speedtest Kini Hadir Dengan Perkhidmatan VPN Terbina

Diterbitkan pada Dis 24, 2019 oleh .

Speedtest adalah aplikasi menguji kelajuan sambungan Internet dari Ookla. Ia juga merupakan antara aplikasi yang popular dan Ookla banyak kali hadir dengan pelbagai data untuk rujukan umum. Sebelum ini aplikasi ini telah dikemaskini dengan menambah skala ujian sehingga 1Gbps sebagai persediaan untuk 5G.

Kini, Speedtest telah menambah perkhidmatan VPN pula pada aplikasi mereka ini. Di dalam aplikasi Speedtest pada tab kedua sebelah Speed akan ada ikon VPN. Di dalamnya ia menyatakan yang perkhidmatan ini masih lagi dalam beta. Speedtest turut menyatakan yang data pengguna juga tidak akan disimpan atas tujuan sekuriti dan privasi. Kemudian, data yang diberikan adalah sebanyak 2GB dan semasa saya mencuba VPN mereka, ia hanya boleh digunakan sehingga 25 Januari sahaja. Negara pilihan juga adalah rawak dan pengguna tidak boleh memilih VPN dari negara mana untuk membuat sambungan.

Menurut pihak Ookla, selepas ujian berjaya dilakukan mereka akan tawarkan pelan berbayar pula. Speedtets juga terdapat aplikasi untuk desktop, harapnya perkhidmatan VPN mereka tidak akan terhad kepada peranti mudah alih sahaja dan akan ditawarkan kepada kesemua platform.



TIPS & ULASAN