Cari @ Amanz

Hari Natal akan disambut esok dan kami yakin ramai yang telah mula kembali ke kampung halaman sempena perayaan ini. Tetapi sebelum memasuki tol milik PLUS, harus diingatkan perkhidmatan tambah nilai kad Touch ‘n Go akan ditutup pada lorong masuk di kesemua tol bermula 24 Disember 2019 sehingga 2 Januari 2020.

PLUSIni bukanlah perkara baharu tetapi memang telah dilakukan oleh pihak PLUS setiap musim perayaan bagi mengurangkan kesesakan. Sebelum ini PLUS telah menghentikan perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go pada lorong keluar sejak 5 November yang lalu.

PLUS menasihatkan agar pelanggan merancang perjalanan mereka dan paling utama, menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka lebih awal selain memastikan kad mereka mempunyai baki yang mencukupi. Mereka boleh menggunakan aplikasi Waze untuk mencari tempat tambah nilai yang tidak mengenakan caj perkhidmatan.

PLUS masih belum boleh menggunakan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pada ketika ini kerana ia hanya akan diaktifkan bermula 1 Januari 2020 kelak menerusi lorong RFID.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd