DJI Mempatenkan Kereta Kawalan Jauh Dan Gimbal Mini Untuk Kamera
Artikel Berkaitan

DJI Mempatenkan Kereta Kawalan Jauh Dan Gimbal Mini Untuk Kamera

Diterbitkan pada Dis 24, 2019 oleh .

DJI menjadi nama besar dalam dunia penghasilan dron. Syarikat yang berpangkalan di China ini bermula dengan dron kamera kecil dan kini telah mula mengeluarkan dron untuk industri perfileman dan juga beberapa gimbal kamera. Seterusnya mereka mungkin akan melancarkan kereta kawalan jauh dan gimbal besar untuk tujuan penggambaran.

Dua paten yang difailkan oleh DJI telah ditemui oleh laman DroneDJ. Paten pertama ialah sebuah kereta kawalan jauh dengan roda yang boleh berputar bebas sebanyak 360 darjah. Terdapat beberapa sistem spring yang mengurangkan gegaran pada kamera yang diletakkan pada bahagian atas kereta kawalan jauh ini.

Paten kedua pula ialah gimbal yang memerlukan dua tangan untuk beroperasi. Berdasarkan saiznya, ia mungkin kesinambungan kepada DJI Ronin 2 tetapi untuk kamera bersaiz kecil. Dalam lakaran kedua-dua paten, kamera kecil seakan DJI Zenmuse X7 dapat dilihat.


TIPS & ULASAN