Cari @ Amanz

Realme pada tahun ini telah sedia hadir dengan sejumlah peranti menarik pada harga kompetitif. Dalam memperluaskan lagi penawaran mereka dalam arena gaya hidup dan teknologi, Realme kini turut mengatakan mereka bakal hadir dengan gelang tangan pintar mereka tersendiri.

Pada hari ini, arena ini disertai oleh sejumlah jenama popular, termasuk Xiaomi yang menawarkan gelang tangan pintar Mi Band pada harga sangat kompetitif. Ia turut hadir dengan rekaan yang berkualiti, selain ciri-ciri menarik.

Realme kini dilihat tidak ingin ketinggalan dalam arena bereknaan, dan menyasarkan bakal memperkenalkannya pada 2020 kelak.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasminya masih tidak diketahui lagi. Namun, memandangkan CEO Realme sendiri telah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara ini, maka kita mungkin akan dapat melihat pelancarannya dalam beberapa bulan lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd