Dompet Digital Touch ’n Go Kini Boleh Digunakan Untuk Membayar 3 Lagi Parkir Perbandaran

Dompet Digital Touch ’n Go Kini Boleh Digunakan Untuk Membayar 3 Lagi Parkir Perbandaran

Diterbitkan pada Dis 26, 2019 oleh .

Touch ’n Go sebelum ini telah menambah sokongan membayar parkir pihak majlis perbandaran – sekaligus memudahkan pengguna dompet digital TNG untuk melakukan pembayaran tempat letak kenderaan tanpa melalui proses yang sukar.

Pada awalnya, ia hanya ditawarkan untuk parkir DBKL di Kuala Lumpur sahaja, tetapi kini telah diperluaskan untuk beberapa perbandaran lain.

Parkir TNG

Tiga perbandaran baru yang turut telah ditambah adalah Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Dengan sokongan ini, anda hanya perlu membuka aplikasi dompet digital Touch ’n Go, memilih ikon “Parking”, dan seterusnya menambah informasi kenderaan, memilih lokasi dan memilih jarak masa.



TIPS & ULASAN