(Ura-Ura) Adakah Ia Adalah Galaxy S20 Selepas Galaxy S10, Dan Bukannya Galaxy S11?

(Ura-Ura) Adakah Ia Adalah Galaxy S20 Selepas Galaxy S10, Dan Bukannya Galaxy S11?

Diterbitkan pada Dis 26, 2019 oleh .

Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu mereka, Galaxy S10. Semestinya, dengan tahun 2020 menjelang tiba, ramai yang menantikan kejutan pihak Samsung untuk 2020 kelak, terutamanya nama untuk peranti akan datang mereka.

Sebelum ini, ramai telah memanggilnya sebagai “Galaxy S11”, namun, kini desas-desus baru memperlihatkan Samsung mungkin menggunakan bentuk nama yang baru. Menurut info baru yang tertiris, Samsung diperkatakan mungkin memanggilnya sebagai Galaxy S20.

Samsung Galaxy S10

Untuk makluman, pihak Samsung sedia membuat penjenamaan dwi-angka pada siri Galaxy A tahun ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung akan meneruskan bentuk penjenamaan ini pada peranti akan datang mereka.

Sebelum ini, Huawei sedia menggunakan bentuk penjenamaan dwi-angka pada peranti mercu mereka, sementara Apple pula telah mula menggunakan nama dengan mulaan “X” pada iPhone. Apakah langkah Samsung pada 2020 kelak untuk peranti mercu mereka?



TIPS & ULASAN