Lenovo Mungkin Memperkenalkan Telefon Permua DIbawah Jenama Legion

Lenovo Mungkin Memperkenalkan Telefon Permua DIbawah Jenama Legion

Diterbitkan pada Dis 26, 2019 oleh .

Lenovo buat masa ini telah mempunyai sejumlah penawaran memfokuskan permainan video dibawah jenama Legion. Menariknya, kini di China, Lenovo telah pun mengaktifkan sebuah akaun Weibo memfokuskan telefon pintar permua dibawah jenama Legion.

Langkah pengenalan telefon pintar dibawah jenama Legion ini dilihat lebih kurang dengan apa yang telah dilakukan oleh Asus dengan jenama ROG mereka.

Buat masa ini, Lenovo masih belum berkongsi mengenai penawaran telefon pintar permua mereka. Memandangkan ia menggunakan jenama Legion, tidak mustahil untuk kita melihat penawaran spesifikasi yang tinggi bersama-sama telefon pintar berkenaan, selain sejumlah ciri-ciri memfokuskan kepada permua bersama dengannya.



TIPS & ULASAN