Facebook Messenger Kini Memerlukan Akaun Facebook Untuk Digunakan

Facebook Messenger Kini Memerlukan Akaun Facebook Untuk Digunakan

Diterbitkan pada Dis 27, 2019 oleh .

Facebook Messenger merupakan salah satu aplikasi permesejan popular yang ditawarkan oleh Facebook. Sebelum ini, ia boleh digunakan dengan hanya menggunakan nombor telefon, tetapi kini perkara berkenaan berubah.

Kini, Facebook meminta pengguna untuk mendaftar akaun Facebook sebelum dapat menggunakan perkhidmatan Messenger ini. Perkara ini hanya memberikan impak terhadap pengguna baru sahaja, sementara pengguna sedia ada masih boleh menggunakannya tanpa masalah seperti biasa.

Buat masa ini, Messenger mempunyai lebih 1.3 bilion pengguna seluruh dunia, dan ia terus menambah sejumlah ciri-ciri menarik melaluinya.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Messenger, atau anda lebih mengemari aplikasi lain seperti WhatsApp, Telegram dan sebagainya.


TIPS & ULASAN