Samsung mula mengacah NEON, sebuah produk kecerdasan buatan yang masih lagi misteri pada masa ini. Dari video dan imej yang dikongsi, ia bertanya “adakah anda pernah bertemu dengan buatan”. Terdapat beberapa spekulasi awal yang meramalkan ia mungkin mempunyai kaitan dengan Bixby.
You will soon meet #NEON pic.twitter.com/Sm1WbhG0Er
— NEON (@neondotlife) December 23, 2019
Namun begitu selepas mual menerima perhatian media, akaun media sosial NEON menyatakan ia tidak mempunyai kaitan dengan Bixby sama sekali. Adakah ia sebuah robot, pembantu maya hologram atau hanya sekadar sebuah televisyen pintar terkini dari Samsung. Secara tradisinya CES menjadi pentas teknologi televisyen dan produk pengguna diperlihatkan oleh Samsung. Misteri mengenai NEON akan terungkai apabila ia diumumkan ketika acara CES 2020 yang berlangsung Januari hadapan di Las Vegas.