BNM Akan Menawarkan Sehingga Lima Lesen Untuk Bank Digital

BNM Akan Menawarkan Sehingga Lima Lesen Untuk Bank Digital

Diterbitkan pada Dis 28, 2019 oleh .

Bank Negara Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sehingga lima lesen untuk pemohon yang berjaya bagi menubuhkan bank digital di Malaysia.

Bank digital kelak akan memudahkan pengguna membuka akaun bank secara atas-talian atau melalui aplikasi khusus – selain mana menikmati perkhidmatan perbankan seperti bank-bank lain. Penawaran bank digital juga dijangka akan dapat mengatasi masalah jurang serta akses kepada semua pengguna seluruh negara.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan melakukan permohonan dan akan menerima lesen untuk perbankan digital. Sebelum ini, beberapa pihak telah dilihat berminat untuknya, termasuk pihak Grab sendiri.



TIPS & ULASAN