Xiaomi sedia popular dengan fokus mereka terhadap komuniti, dan penawaran pelbagai peralatan elektronik menarik kepada pengguna. Terbaru, Xiaomi berjaya memecahkan rekod dunia, dan memegang rekod untuk aktiviti nyah-kotak paling ramai secara serentak.
Seramai 703 peserta telah menyertai perkara ini, sekaligus memecahkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh Mercado Libre untuk nyah-kotak melibatkan 643 set pada waktu sama.
Xiaomi menyediakan pelbagai hadiah berbeza melalui kotak misteri untuk peserta, dimana ia terdiri daripada aksesori Xiaomi, sehinggalah kepada Mi Electric Scooter Pro.