Cari @ Amanz

Amazfit adalah syarikat yang terkenal dengan peranti boleh pakai yang memfokuskan kesihatan. Mereka hadir dengan pelbagai variasi dari yang murah sehinggalah yang premium. Misalnya, Amazfit Verge, Stratos, Bip dan banyak lagi. Amazfit Bip adalah antara yang popular di Malaysia, kerana harga jualan yang murah dan padat dengan fungsi dan ciri menarik.

Amazfit Bip sudah pun hampir 2 tahun usianya dan kelak di acara CES 2020, Amazfit akan melancarkan Bip S. Amazfit menjanjikan ketahanan bateri yang berkali ganda lebih lama berbanding Amazfit Bip yang lama. Dari video acah yang Amazfit kongsi, rekaan dilihat lebih kurang sama. Untuk ketahanan bateri yang lebih lama, ada kemungkinan saiz akan menjadi tebal atau ada fungsi yang dibuang? Kecuali jika Amazfit memperkenalkan sistem atau cip baharu yang akan mengubah persepsi orang ramai terhadap peranti boleh pakai yang memfokuskan kecergasan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd