Tiada Lagi Sokongan WhatsApp Untuk Windows Phone Selepas 31 Disember 2019

Tiada Lagi Sokongan WhatsApp Untuk Windows Phone Selepas 31 Disember 2019

Diterbitkan pada Dis 30, 2019 oleh .

WhatsApp sebelum ini telah pun beberapa kali mengumumkan mereka akan menamatkan sokongan WhatsApp untuk beberapa platform lama. Salah satunya adalah Windows Phone.

Bagi anda yang menggunakan peranti Windows Phone, pihak WhatsApp tidak lagi akan menyokong platform berkenaan selepas 31 Disember 2019 ini.

Hal ini akan turut membawa kepada aplikasi permesejan berkenaan berhenti beroperasi – dan memerlukan anda menggunakan platform Android atau iOS untuk kekal berhubung dengan rakan-rakan anda di WhatsApp.

Bagi anda yang menggunakan Windows Phone, mungkin boleh membuat salinan pendua data di WhatsApp, sebelum sokongan untuknya ditamatkan tidak lama lagi. Untuk makluman, data WhatsApp tidak boleh dipindahkan antara platform secara rasminya.


TIPS & ULASAN