Samsung Dijangka Memasarkan Telefon Kedua Mereka Dengan Skrin Boleh-Lipat Seawal Februari 2020

Samsung Dijangka Memasarkan Telefon Kedua Mereka Dengan Skrin Boleh-Lipat Seawal Februari 2020

Diterbitkan pada Dis 31, 2019 oleh .

Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan Galaxy Fold yang menawarkan rekaan skrin boleh-lipat seumpama sebuah buku. Terbaru, pengeluar dari Korea Selatan berkenaan turut dalam perancangan untuk memperkenalkan satu lagi variasi telefon dengan skrin boleh-lipat – iaitu dari atas ke bawah, lebih kurang seumpama telefon flip suatu ketika dahulu.

Melalui laporan terbaru, ia dikatakan Samsung mungkin memasarkan telefon dengan skrin boleh-lipat ini seawal Februari kelak – lebih awal berbanding Galaxy S11.

Telefon dengan skrin boleh-lipat ini dijangka menawarkan skrin bersaiz 6.7-inci, dan seterusnya berubah menjadi rekaan hampir petak apabila ia dilipat.

Peranti ini juga dijangka akan ditawarkan pada separuh harga berbanding Galaxy Fold sebelum ini.

Pada masa yang sama, Samsung turut dijangka memperkenalkan Galaxy Fold generasi kedua pada penghujung 2020 kelak.



TIPS & ULASAN