Vivo Memfailkan Paten Untuk Telefon Pintar Dengan Empat Lubang Pada Skrin

Vivo Memfailkan Paten Untuk Telefon Pintar Dengan Empat Lubang Pada Skrin

Diterbitkan pada Dis 31, 2019 oleh .

Pada hari ini, kita telah sedia melihat penawaran telefon pintar dengan menggunakan sehingga dwi-lubang pada skrin untuk memposisikan kamera swafoto. Bergerak kehadapan, kita mungkin melihat penawaran peranti dengan rekaan lebih banyak lubang pada skrin untuk meletakkan pilihan lebih banyak sensor padanya.

Vivo Empat Lubang


Terbaru, melalui paten yang difailkan pihak Vivo, ia memperlihatkan sehingga 4 lubang pada skrin – sekaligus memberikan petanda rekaan peranti baru daripada pengeluar berkenaan tidak lama lagi.

Melalui fail yang dipatenkan, ia menunjukkan tiga rekaan berbeza – dimana ketiga-tiganya menawarkan empat lubang pada skrin, tetapi pada kedudukan yang berbeza.

Buat masa ini, Vivo sekadar memfailkan paten sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah peranti dengan rekaan seumpamanya akan direalisasikan sepenuhnya.


TIPS & ULASAN