Samsung Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Televisyen Nirbingkai Penuh Pada CES 2020 – “Zero Bezel TV”

Samsung Dilaporkan Bakal Memperkenalkan Televisyen Nirbingkai Penuh Pada CES 2020 – “Zero Bezel TV”

Diterbitkan pada Dis 31, 2019 oleh .

Samsung merupakan salah satu pengeluar televisyen terkemuka yang sering hadir dengan sejumlah penawaran panel yang menarik. Terbaru, dengan acara CES 2020 yang menjelang tiba, kini Samsung diperkatakan bakal mempertontonkan televisyen nirbingkai penuh mereka yang pertama, dikenali dengan nama “Zero Bezel TV”.

Samsung dikatakan menawarkan rekaan skrin menyeluruh, dan tiada sebarang bingkai pada bahagian tepi – seperti beberapa televisyen lain dipasaran. Ia dikatakan Samsung mungkin menawarkannya dengan pilihan saiz skrin 65-inci dan ke atas sahaja untuk pilihan siri televisyen ini.

Penawaran baru ini semestinya membawa kepada penawaran pelbagai televisyen dengan rekaan menarik melaluinya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan CES 2020 kelak untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh pihak Samsung ini.



TIPS & ULASAN