Cari @ Amanz

OneUI adalah sistem operasi tersendiri dari Samsung, ia dibina berasaskan Android. Versi yang terkini adalah OneUI 2.0 yang dibina berasaskan Android 10. Kali ini, edaran kemaskini ini dilihat lebih pantas berbanding tahun lalu. Ini kerana, jika mengikut jadual peranti seperti Galaxy S10 dan Note 10 untuk pengguna di Malaysia sepatutnya menerima kemaskini pada tahun hadapan. Tetapi tahun ini sudah pun menerima kemaskini ini.

Walau bagaimanapun, kemaskini ini dilihat hadir untuk peranti-peranti mercu terbaru sahaja dan belum lagi diedarkan untuk peranti-peranti mercu lama. Terkini, Samsung Galaxy Note 9 yang menjalankan OneUI 2.0 versi beta sudah mula menerima kemaskini yang stabil. Kemaskini ini dilihat hadir dengan tampalan sekuriti terkini, Disember 2019 dan bersaiz sekitar 100MB sahaja. Versi perisiannya adalah N960FXXU4DSLB dan masih lagi diedarkan secara berperingkat. Ini bermakna, versi stabil penuh untuk pengguna yang tidak menguji versi beta akan mula diedarkan dalam masa terdekat. Saiznya sudah pasti akan lebih besar dari 100MB, kerana ia adalah perubahan sistem penuh.

Jadi, pagi pengguna-pengguna Galaxy Note 9 di Malaysia – mari bersedia dengan storan yang cukup, Internet yang pantas atau kuota data yang mencukupi untuk memulakan kemaskini. Ia mungkin akan diedarkan kepada lebih ramai pengguna pada bulan Januari 2020, kerana itu adalah janji Samsung untuk mula edarkan kemaskini ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd