Perkhidmatan Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

Perkhidmatan Dego Ride Kembali Beroperasi Hari Ini

Diterbitkan pada Jan 1, 2020 oleh .

Masihkah anda ingat dengan perkhidmatan seru motor Dego Ride yang diharamkan pada tahun 2017? Selepas lebih dua tahun diharamkan kerajaan atas sebab keselamatan, ia kini beroperasi semula hari ini. Menerusi perkhidmatan teksi motosikal ini, pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk pengangkutan awam di Malaysia.

Pada waktu ini Dego Ride akan menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan penghantaran dokumen di Lembah Klang terlebih dahulu. Sebanyak 5000 ruang pekerjaan ditawarkan. Sekiranya berminat, pemohon perlu memiliki motosikal sekurang-kurangnya berkapasiti 150cc, berumur 18 tahun ke atas, lesen penuh B2 dan mempunyai insurans.

Caj yang dikenakan kepada penumpang ialah RM3 untuk 3 kilometer pertama dan RM1 untuk kilometer seterusnya. Pendapatan yang dijanjikan ialah di antara RM1,500 hingga RM3,500 sebulan. Kembalinya Dego Ride adalah selari dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan luar GoJek untuk beroperasi di negara kita. Untuk menggunakan perkhidmatan Dego, aplikasi Dego App perlu dimuat turun menerusi Play Store dan App Store.



Paling Popular