Imej Sebenar Samsung Galaxy Note 10 Lite Tertiris

Imej Sebenar Samsung Galaxy Note 10 Lite Tertiris

Diterbitkan pada Jan 1, 2020 oleh .

Seperti kami laporkan sebelum ini, Samsung Galaxy Note 10 Lite akan dilancarkan dalam masa terdekat. Walaupun menggunakan nama Note 10 Lite, dari segi spesifikasi yang telah tertiris menunjukkan ia adalah sebuah Note 9 yang diberikan beberapa penambahbaikan. Semalam imej sebenar phablet ini telah tertiris menerusi ciapan TechTalkTV.

 Ia mengesahkan rekaan yang dilihat pada beberapa imej pengolokan yang tertiris. Galaxy Note 10 Lite mempunyai kamera swafoto yang diletakkan pada lubang skrin, tubuh yang seakan S10 (tidak berkotak seperti Note 10) dan bonjol kamera berbentuk empat segi menempatkan tri-kamera pada bahagian belakang.

Butang kawalan suara dan kuasa terletak pada sisi kanan sementara tempat simpanan S-Pen pada bahagian bawah. Sehingga kini tarikh pelancaran Note 10 Lite dan S10 Lite masih lagi misteri.



TIPS & ULASAN