Pada hari ini, menjadi salah satu fokus utama ramai pengguna untuk membeli komputer riba adalah sama ada ia serasi dan boleh dihubungkan dengan peranti mudah-alih mereka. Dell telah menyedari perkara ini, dan sebelum ini telah menyertakan sokongan dinamakan Dell Mobile Connect yang menyokong peranti Android.
Sebelum ini, ia turut telah menyokong peranti iPhone, tetapi dengan penawaran yang sangat terhad dan tidak seumpama yang ditawarkan untuk Android. Hari ini, pihak Dell mengumumkan yang mana mereka akan membawa beberapa ciri baru untuk pengguna iPhone pada tahun 2020 ini.
Antaranya adalah kebolehan mengawal aplikasi kegemaran pada iPhone terus daripada PC Dell menggunakan ciri “App Mirroring”, selain kemudahan untuk memindahkan fail dari komputer ke iPhone.
Kemaskini ini dijangka akan menyusul untuk pengguna Dell melalui perisian Dell Mobile Connect pada tahun ini.