Google Menghentikan Seketika Sokongan Integrasi Mi Home Dengan Google Assistant Atas Isu Privasi

Google Menghentikan Seketika Sokongan Integrasi Mi Home Dengan Google Assistant Atas Isu Privasi

Diterbitkan pada Jan 3, 2020 oleh .

Google Home adalah aplikasi hab peranti berhubung yang menhubungkan pelbagai peranti berhubung dengan Google Assistant. Salah satu jenama yang menyokongnya adalah produk-produk Xiaomi yang diselarikan dengan aplikasi Mi Home.

Namun, atas isu sekuriti dan privasi yang terkini – Google terpaksa menghentikan sokongan integrasi Mi Home dengan Google Assistant buat seketika. Isu yang berlaku adalah dahsyat dan agak menyeramkan. Menurut seorang pengguna dari Reddit, beliau memberi arahan Google Assistant untuk paparkan rakaman dari kamera litar tertutup Xiaomi ke Google Nest Hub – namun apa yang dipaparkan bukanlah rakaman dari kamera pengguna tersebut. Google telah memaparkan rakaman secara langsung dari rumah orang lain.

Perkara ini adalah satu isu yang serius dan membimbangkan ramai orang. Jadi, untuk keselamatan sokongan ini terpaksa dihentikan seketika sehinggalah Google dan Xiaomi menemui jalan penyelesaian. Jadi, jika anda adalah pengguna lampu LED Xiaomi, kamera-kamera pintar Xiaomi atau lain-lain produk Xiaomi yang berhubung dengan Google Assistant – ia tidak boleh digunakan buat sementara waktu.


TIPS & ULASAN