Perkhidmatan GrabBike Kini Boleh Diuji Di Sekitar KLCC – Teksi-Motosikal Daripada Grab

Perkhidmatan GrabBike Kini Boleh Diuji Di Sekitar KLCC – Teksi-Motosikal Daripada Grab

Diterbitkan pada Jan 3, 2020 oleh .

Grab sebelum ini telah pun mula mencari beberapa penunggang motosikal yang ingin menyertai perkhidmatan seru-motosikal atau teksi-motosikal. Kini, selari dengan penawaran beberapa perkhidmatan lain, pihak Grab turut telah memulakan ujian untuk GrabBike.

Untuk makluman, kerajaan sebelum ini telah mengatakan mereka akan menguji perkhidmatan teksi-motosikal ini secara awam selama 6 bulan, sebelum mengambil keputusan lanjut mengenainya.

GrabBike hanya ditawarkan dikawasan sekitar KLCC buat masa ini, yang mana turut meliputi Bukit Bintang, Pudu dan juga Chow Kit. Pilihan teksi-motosikal khusus untuk wanita turut disediakan dibawah GrabBike.

GrabBike KLCC

Pengguna dikenakan caj tambang asas sebanyak RM3.70, caj perkhidmatan sebanyak RM0.30, dan caj RM0.55 untuk setiap kilometer antara 1km sehingga 5.5km.

Bagi anda yang ingin menggunakan GrabBike, tempahan boleh dilakukan menggunakan aplikasi Grab utama, dan membuat pemilihan “GrabBike” atau “GrabBike” untuk wanita dalam jenis kenderaan pada perkhidmatan seru-pandu.



Paling Popular