Tahun 2019 dunia melihat pengenalan rangkaian 5G di negara seperti Amerika Syarikat, UK, China dan Korea Selatan. Selari dengan pengenalan rangkaian selular generasi kelima ini, peranti yang menyokongnya juga telah dipasarkan. Samsung hari ini telah mengesahkan sebanyak 6.7 juta peranti telah mampu dipasarkan oleh mereka tahun lalu.
Ini adalah bersamaan dengan 53,9% jualan telefon 5G global. Pada tahun ini lebih banyak peranti 5G akan dilancarkan oleh Samsung dengan Tab S6 5G pula akan menjadi tablet 5G pertama di pasara. Tahun ini kita akan melihat semakin banyak peranti 5G dari kategori kelas pertengahan. Bagi pengguna tempatan, ini hanya akan dinikmati pada tahun 2021. Adakah anda sudah bersedia?